Tuesday, 1 November 2016

Sikit-sikit Lama-lama Jadi Bukit

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..
.
Terasa macam nak tulis something lah malam ni. So, here I am. Quite sleepy but can't sleep yet. Memikirkan plan apa nak buat untuk new collection Sepet Pink ni. Hubby dah berdengkoq. huhu..
.
Ok, malam ni nak share sikit je pasal progress in business.
.
FIY, saya dah masuk 6 bulan berkecimpung dalam bidang bisnes ni. mula2 memang rasa cam susah sangat sebab tak tahu nak buat apa nak buat bisnes ni grow. Tapi sekarang ni alhamdulillah walaupun progress tak besar tapi syukur.
.
Masa mula2 bukak butik dulu (butik simple je, tak lah gah mana), sales quite ok tapi lama2 surut sebab saya tak reti buat marketing. Ada je pergi kelas online marketing bagai semua tapi asyik dok tunggu everything perfect je, tu yang tak berapa nak gerak. Tapi lepas pi imkk, semangat sikit nak buat macam2 untuk butik. Ada sampai satu tahap, rasa macam tak cukup ilmu lagi.
.
Then saya decide nak pergi seminar Millionaire Marketing Mastery (MMM). Fee dia agak mahal sampai rasa macam give up lah nak pergi. One day, saya doa;

 "Ya Allah, kalau rezeki aku untuk majukan bisnes aku dengan pergi MMM, maka Kau mudahkan lah aku pergi" 

Alhamdulillah memang mudah, tapi pakai kad kredit suami. huhu. Tu la, doa kena spesifik. Tapi takpe, da rezeki saya dapat pergi. 3 hari pi seminar tu rasa berasap kepala ni. Macam2 DAO ajar. Semua yang diajar memang faham sebab lepas dia bagi point je, dia mesti explain pakai contoh. He is so gifted in teaching people.
.
Balik tu, saya try implement apa yg dah belajar. Memang tak cukup tidur 2 minggu tu. Tidur lewat, bangun awal. Sebab fikir macam2 dalam kepala ni. Rasa banyak sangat strategi nak try implement.
.
Sejak balik MMM tu, saya da ada impian yg dulu saya rasa takkan dapat capai, saya yakin sangat yang saya dapat capai. Mahu atau tidak je nak buat. Sales saya sebelum ni kadang sebulan RM 100 ke RM 300 je. Pernah bawah RM100 pun ada tau. Rasa malu sangat. Sewa kedai parents yg tanggung. TAPI, sekarang, Alhamdulillah, average sebulan sales saya RM100 sehari. Baru dua minggu implement 1 strategi, sales da meningkat ke RM 1k. Bagi orang lain mungkin tak banyak tapi saya bersyukur sangat.
.
Semua nya bermula dengan niat kita. Kalau betul niat kita, Allah bantu. FYI, saya tak gantung ape2 banner pun mase balik dari seminar tu. Saya baru niat nak bantu orang dapatkan baju yang selesa dengan harga mampu milik, dah ramai yg datang butik. Baru NIAT je tau. Allah dah tolong ketuk hati orang untuk datang ke butik saya. Bayangkan kalau saya buat marketing gila2? Agak2 apa hasilnya?
.
Kalau fikirkan fee mahal, takut nak pergi sebab takut rugi, better jangan pergi. Tapi kalau rasa nak keluar dari zon selesa, nak baiki hidup, nak capai impian dengan cepat, nak hantar parents pi haji dengan duit sendiri, just go for it. Bagi saya, kecil nilai fee tu nak dibandingkan dengan nilai yg diberi. You will feel the difference.
.
Doakan saya tak lemau semangat macam sebelum ni. Hehe. Bila saya lemau je, saya mesti berborak atau tengok wasap group MMM, circle baru saya. Alhamdulillah mereka semua orang2 yang positif and I love my new circle!
.
Jika nak cepat berjaya dan nak kekalkan momentum, berkawan dengan orang yang boleh naikkan semangat kita. Sangat2 membantu. Trust me..
.
Ok, tu sahaja yg saya nak share kali ni. Bertambah info yg saya dapat, bertambah lah isi blog Sepet Pink.


No comments:

Post a Comment