Thursday, 24 November 2016

MEMBERI, MEMBERI, MEMBERI

Assalamualaikum everybody.. may Allah grant u happiness sambil baca pengisian pendek ni ;)
.
Kali ni nak share pasal "MEMBERI".. it is a powerful word. sebab apa? sebab Allah sendiri kata, lebih banyak kita memberi, lebih banyak yg kita dapat. omputih kata 'what you give, you get back more'..
.
Memberi ni adalah sedekah. Amalan sedekah adalah amalan yang sangat mulia. Sedekah ni bukan sahaja dari segi duit. Boleh juga dari segi ilmu, barang, dll. Malah, senyum tu pun sedekah juga..
.
Saya pegang pada satu prinsip di mana jika kita mahu lebih ilmu, maka kita perlu share ilmu yg kita ada walau sekecil zarah sekali pun.
.
Contoh macam saya, jika saya buntu bila lakukan sesuatu, saya mahukan lebih ilmu, maka, apa saya buat? saya post di FB tentang apa yang saya tahu. inshaa Allah lepas share tu, minda saya terus terbuka & banyak ilmu masuk. Allah juga yg jentik idea tu masuk minda saya.
.
Dulu masa time belajar, kadang2 tu kedekut ilmu jugak. Rasa macam,'tak nak lah bagitahu dia, nanti dia lagi pandai daripada kita'. TAPI lama2 along my life journey, saya jumpa macam2 jenis orang. Kebanyakannya orang yang berjaya dalam bisnes, banyak sangat yang mereka share sampai rasa macam,'bagusnya orang ni'. Mereka share FREE hokay. Tapi of course Allah yang beri rezeki tu pada mereka..
.
Lama2 saya realize yg ilmu ni adalah milik Allah. kita ni bukan siapa2 nak lokek ilmu dengan orang lain. Dan salah satu erti bahagia adalah apabila kita lihat orang lain bahagia & berjaya. Sbb tu Allah kata, Allah akan muliakan seseorang itu dengan memberikan dia cahaya iaitu ILMU.
.
Last but no least, do share about what you know & it will make your mind expand. inshaa Allah
.

No comments:

Post a Comment