Ada orang percaya kalau nak bisnes, kena ada modal dan pengetahuan yg banyak. Pendek kata, nak tunggu semua sempurna dulu, baru buat bisnes. Ilmu memang perlu dituntut. Bahkan lagi banyak kita tuntut, lagi banyak yg kita rasa tak tahu. Betul tak?
.
Jadi, kalau kita nak tunggu semua nya sempurna, bila kita nak mula? Bisnes ni ibarat, orang yg pakai parachute lompat dari kapal terbang. Maksudnya, kita buat dulu sesuatu bisnes tu, then along the way baru kita tahu what to do dan which one to do first. Perjalanan kita dalam bisnes tu yg membuatkan kita rasa confident dengan apa yg kita buat.
.
Tapi of course la kena ada knowledge dulu. Sama jugak macam parachuter tu, dia mesti belajar dulu, macam mana nak release parachute tu, posisi macam mana bila nak terjun, teknik pernafasan dan sbgnya. Kalau parachuter tu tak terjun, macam mana dia nak praktik teori yg dia belajar? Jadi, di sini ada 4 Perkara Wajib Sebelum anda Mula Bisnes.
.
1. ILMU
.
Sebelum memulakan sesuatu, tidak kira lah bisnes atau apa sahaja, kita mesti dapatkan panduan dulu untuk guide kita along the way. Same thing in bisnes, sebelum mula bisnes, kita mesti observe masalah manusia. Sebab daripada masalah, timbulnya peluang, daripada peluang, timbulnya ruang, daripada ruang, timbulnya wang. Then, decide produk apa yang kita nak pasarkan based on masalah yg kita da observe tadi. Lepas dah decide, kita mesti tahu bagaimana cara nya untuk pasarkan produk tersebut. Determine target market kita. Ini semua memerlukan ilmu supaya anda sentiasa keep on track.
.
2. MENTOR
.
Jika di sekolah pun, cikgu lah yg mengajar kita semua benda yg kita perlu tahu supaya masa depan kita terjamin. Begitu juga dalam bisnes, kita perlu ada mentor untuk guide bisnes kita. Kerana mentor telah menjalani pelbagai cabaran dalam bidang yg diceburi. Jadi, apabila kita ber'mentor', jalan ke arah kejayaan bisnes kita lebih cepat dan mudah kerana kita tidak perlu melalui kesilapan yg telah mentor kita lakukan. Mereka dah beri 'shortcut' kepada kita.
.
3. SISTEM
.
Setiap bisnes yg kita lakukan, akan menjadi mudah jika ada sistem. Contoh, seperti restoran mamak yg menggunakan teknologi di dalam mengambil pesanan. Setelah mereka mengambil pesanan pelanggan, mereka akan memasukkan menu yg telah dipesan ke dalam sistem dan menu tersebut akan terpapar di skrin di dapur. Dengan itu, banyak masa yg dapat dijimatkan dan pelayan kedai dapat mengambil order pelanggan lain dengan pantas. Pelanggan suka kan sesuatu yg pantas. Jadi, probability untuk pelanggan datang semula ke restoran tersebut adalah tinggi kerana perkhidmatan yg pantas.
.
4. KOMITMEN
.
Komitmen adalah elemen yg sangat penting dalam melakukan bisnes. Jika tiada komitmen, maka kita akan jadi suam-suam kuku dalam bisnes. Jika kita ada komitmen dalam bisnes atau apa sahaja bidang yg kita ceburi, sudah pasti kita akan jadi lebih kuat untuk tempuh segala cabaran dan kita juga akan pastikan matlamat kita tercapai dan berjaya. Itulah pentingnya komitmen.
No comments:
Post a Comment