Wednesday, 19 October 2016

7 KEPERCAYAAN KARUT TENTANG MEMULAKAN PERNIAGAAN

ASSALAMUALAIKUM..

ni entry kita yg pertama. baru nk berjinak2 dlm bidang blog2 ni. hehe.. kita bukan la seorang yg pndai menulis tp bole la kalo nk sharing2 nih..
.

untuk hari ni kita nk share tentang topik berkaitan dgn bisnes. skrg ni da ramai usahawan yg muda2 berniaga. tak dinafikan ada yg sale mereka smpai 3 juta setahun. Hanya jual 1 produk je tau.
.
 yg buat kita tertarik, ada 1 akak ni, jual ayam segar je. bole buat sampai 3.3 juta sebulan. masha Allah besar rezeki Allah bg kt die.. kte semua ada kemampuan masing2 yg kte sndri xpecaya sebenarnye kte pn bole buat ape yg die bole buat. yg membezakan hanya attitude & tindakan je.
.

jangan sekali2 pndang rendah pd dri sendiri. Allah da cipta semua org dengan keunikan masing2. semua yg jadi kt muke bumi ni bkn la satu kebetulan. semua yg jadi tu tidak sia2 even daun jatuh ke tanah sekalipun.
.
 eh, pnjg pulak cerita.. back to the main topic.. hehe
.

  7 KEPERCAYAAN KARUT TENTANG MEMULAKAN PERNIAGAAN

1. Anda tidak dilahirkan sebagai usahawan.
.
minded 'tidak dilahirkan sebgai usahawan' perlu buang jauh2. sbb kalo sume org pikir kte tidak dilahirkan sebagai usahawan, boleh dikatakan memang tak ramai langsung usahawan kt dunia ni untuk bantu manusia lain selesaikan masalah. usahawan ni adalah golongan yang dapat membantu orang lain dengan perkhidmatan atau produk yg mereka tawarkan. penting sgt untuk tukar minded camtu.
.
2. Ibu bapa bukan usahawan.
.
sesetengah orang pikir yg kalo parents mereka tak berniaga, so mereka pun pikir 'aku mane ade family yg meniaga, takkanlah aku nk meniaga pulak'. ada sahaja usahawan yg berjaya tapi parents mereka bukan lah dalam golongan usahawan atau org meniaga. Kita bagi contoh. Akak yg jual ayam segar yg buat jualan 3.3 juta sebulan tu. mule2 parents die tak bagi die meniaga sebab die suami isteri cikgu. gaji sorang sebulan dlm around 7k-8k sebulan. so bg parents die, takyah la meniaga sebab gaji da ckup besar. tapi akak tu keras gk nk meniaga. so die tunjukkan kat parents die yg die bole meniaga. man jadda wa jadda. akak tu berusaha capai impian die. alhamdulillah. parents die da tak larang da. terus dapat berkat nk meniaga. selain drpd tu, akak tu ade jugak slow talk ngan parents die.
.
3. Tidak bernasib baik
.
sebelum mula berniaga, kita mesti terpikir, 'aku ni bole ke meniaga? laku ke barang aku tu nanti? keje makan gaji ni pun asyik berhutang je, ni kan pulak meniaga,,' mcmne kita nk start sesuatu tu kalo belum start pun da pikir negatif. untuk hal ni, boleh tanye mane2 rakan yg da berjaya dlm perniagaan mereka. insyaa Allah mereka bantu. sebab mereka da lalu liku2 jadi peniaga..
.
4. Bisnes susah
.
Susah kalo takde ilmu. same juga mcm belajar. sebelum jwb exam kan kita study dlu baru jawab. bila da study, da dapat pengetahuan, nk jwb exam pun petik jari je. same juga dlm bisnes ni. bila kita belajar mcmne nk mulakan perniagaan, bercampur dengan org yg berniaga juga, inshaa Allah senang.
.
5. 3 tahun pertama bisnes lingkup
.
haa yg ni ramai sgt percaya. kan kata org, lps 3 tahun pertama kalo takde perkembangan jugak, tutup jela kedai. bagi pendapat kita la kan, bila kita da ada ilmu nk meniaga, dlm mase tak sampai setahun pun da boleh berkembang da. asalkan teknik yg digunapakai tu betul. in the same time, improve.
.
6. Perlu modal yg banyak.
.
mentaliti org sebelum mule meniaga ni, die mesti pikir modal nk kne banyak, baru la bole survive nk meniaga. kalo ime dulu, maybe ye kot sebab mase tu takde org buat dropship2 ni. kalo ade pun, boleh dikatakan hampir semua taktau. zaman skrg ni zaman di hujung jari. kalo nk mule meniaga tp takde modal, bole jadi dropship dulu. skrg ni pilih je mane2 jenis produk yg kita nk jual, pemilik produk tu sendiri yg settlekan semua dari order smpi pos. kira kita ni cm tolong promote n amik order jela. senang sgt. so, takde alasan la kita takde modal nk meniaga.
.
7. Start bisnes besar-besaran
.
kalo da start je nk buat besar-besaran, opkos la modal pun kena la banyak. start bisnes kecil2 dulu sebab sikit2 lama2 jadi bukit.
.


No comments:

Post a Comment