Thursday, 22 February 2018

ADA APA DENGAN COTTON


Assalamualaikum. Salam jumaat. Hye uolls 😘

Hari ni CikNor nak share pasal COTTON 😊

APA ADA DENGAN COTTON?

Semua tahu asal panas je pakai cotton kan. Lagi2 kalau cuaca kat malaysia ni. Orang dok kata nasib pakai cotton so tak la panas sangat..

Memang betul cotton sesuai dengan cuaca kat malaysia ni. Tapi tahu tak sebenarnya cotton ni ada macam2 jenis.

Kalau nak badan sedap, cotton kena 100%. Bukan polycotton ye. Polycotton ni, cotton 50% campur polyester 50%.

Kenapa campur? Sebab harga boleh jadi lebih murah.

Polyester tu apa? Polyester tu adalah bahan kimia yang digunakan untuk buat barang plastik contoh macam botol air minum, baju hujan dan macam2 lagi. Bayangkan pakai plastik kat badan. Udara tak bergerak. Sebab tu panas. Ditambahkan lagi dengan cuaca panas, lagi bertambah panas.

Budak atau bayi ezcema memang digalakkan pakai cotton sebab udara boleh bergerak dengan lancar jadi peluh boleh tersejat dengan mudah. Kalo pakai polycotton, kulit memang akan meradang merah2.

Sama juga dengan dewasa. Kalau pakai polycotton, kulit boleh jadi merah2 even takde eczema sbb udara tak boleh nak ‘circulate’

Effect lain kalo udara tak boleh nak circulate adalah bau badan jadi makin kuat. Bila udara tak bergerak, peluh takkan tersejat jadi bakteria yang ade pada kulit kita memang tak terkeluar.

Thursday, 14 December 2017

INFO SLS (sodium laureth sulfate)

Assalamualaikum hye lovelies !

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam

today's sharing adalah pasal SLS..
I have basic chemical knowledge & Inshaa Allah saya faham the chemical term dan saya akan explain dengan bahasa mudah untuk anda lebih faham.

APA ITU SLS?

- sodium laureth sulfate
- sodium lauryl sulfate

Dua2 di atas adalah nama panjang bagi SLS. Mana nak jumpa SLS ni? Boleh tengok belakang botol shampoo, sabun mandi, ubat gigi, mouthwash anda..

SLS adalah agent pembuih yang sangat bagus. Kebanyakan personal product mengandungi bahan ni untuk 'mengkaya'kan produk yang anda guna dengan buih. Ramai yang beranggapan bahawa lebih banyak buih, lebih bersih =Tidak sama sekali. Mungkin anda terpedaya dengan iklan sabun di kaca TV.

SLS adalah detergent (selalu ada dalam sabun basuh) dan surfactant (selalu ada dalam personal care product anda). Ia mempunyai ciri cleanser dalam sesebuah produk. Kulit kebiasaanya akan menjadi kering jika produk anda mengandungi bahan ini. Kerana sifat bahan ini adalah menyerap minyak semulajadi pada kulit anda.

SLS berasal daripada kelapa dan sepatutnya bagus kerana berasal daripada bahan semula jadi. Tapi untuk menghasilkan SLS, banyak reaksi yang perlu dilakukan.

                                             coconut (isi putih mengandungi fatty acid)
                                                 ⇩
                                            alkohol
                                                ➕ campur
                                         sulfurik acid
                                                 ⇩ neutralize dengan garam(sodium chloride)
                                               SLS

Untuk hasilkan SLS, isi putih daripada kelapa akan digunakan kerana isi tersebut mengandungi fatty acid. Fatty acid pula ada beberapa jenis (palmitic acid, lauric acid etc).Di dalam proses tersebut, lauric acid digunakan untuk menjadi alkohol dan perlu react dengan sulfuric acid (di antara acid yang kuat kuasa hakis) seterusnya hasil daripada itu, produk akan jadi acidic dan dineutralkan dengan menggunakan garam. Terhasil lah SLS..

Dalam sesetengah produk, mungkin mengandungi 1,4-dioxane di mana bahan ni terhasil daripada by product melalui proses penghasilan SLS. 1,4-dioxane ni adalah carcinogenic di mana ia boleh mengakibatkan kanser. Tetapi, pihak KKM sudah tapis produk yang boleh digunakan atau tidak berada di dalam pasaran. Sebab tu, produk lulusan KKM adalah penting untuk jaminan kita.

Bagaimana SLS 'bekerja'?

Seperti yang dikatakan sebentar tadi, SLS adalah surfactant yang bagus di mana ia bagus dalam menyerap minyak. Perasan tak, setiap kali lepas mandi, kulit kita akan menjadi tegang dan kering? Ini adalah daripada fungsi SLS tu sendiri.

Contoh, bila kita dah lama tak cuci rambut, rambut kita akan menjadi berminyak dan berbau. Bila kita cuci menggunakan shampoo (ada SLS), rambut akan menjadi kering dan tidak berminyak lagi. SLS mempunyai ciri dimana bila ia bercampur dengan air, ia mampu untuk menyerap minyak pada rambut. Bukan rambut sahaja, ciri tersebut juga digunakan semasa membasuh baju. Kebolehan SLS itu sendiri membuatkan ia mampu untuk melalui lubang (pores) pada fabrik atau baju dan menyerap minyak atau kotoran dan baju menjadi bersih.

Tapi yang tak best, SLS akan menyerap minyak semula jadi pada kulit kita mengakibatkan kulit menjadi kering. Kulit kita bersifat sedikit acidic (4.5-5.5) secara semulajadi. Produk yang tidak sesuai pH dengan kulit kita akan membuatkan kulit menjadi tidak stabil. Bakteria bagus terhasil dalam keadaan pH tersebut, Kulit juga dikatakan lebih sihat, lebih lembap dan mempunyai ketahanan yang kuat pada keadaan acidic. Berhati-hati dengan produk yang mempunyai pH yang tidak sesuai dengan kulit anda.

SLS terbukti mengeringkan kulit dan membuatkan keadaan kulit sensitif yang kegatalan akan menjadi lebih teruk. Sebab itu, bayi yang berkulit sensitif, tidak digalakkan menggunakan sabun yang mengandungi SLS. Parents akan disyorkan beli sabun yang harga agak mahal kerana tiada kandungan SLS dan selalunya sabun untuk kulit sensitif ni adalah tidak berbuih dan tidak berbau. Selain daripada ciri menyerap minyak, SLS juga digunakan untuk membuat sesuatu produk cleanser itu menjadi harga yang lebih rendah atau mampu milik untuk semua orang.

                                     
                                         

               









Wednesday, 13 December 2017

200 JUTA PENDUDUK DUNIA MENGHIDAP ECZEMA !

Assalamualaikum..
hye3 dearies ;*


ok, hari ni saya nak share pasal ECZEMA. Daripada pembacaan saya (blog, artikel, youtube, google book, sharing, newspaper & etc) hanya 75 % pesakit ECZEMA tahu sedikit atau tidak tahu langsung mengenai eczema dan 15% tidak pernah dengar langsung pasal eczema. So, here I am to help uolls understand a lil bit about it.

APA ITU ECZEMA?

Eczema adalah salah satu penyakit kulit yang selalu terjadi kepada orang yang mempunyai kulit yang agak sensitif. Selalunya berasa gatal, kulit menjadi kemerahan dan ada biji-biji kecil yang berisi air bisa. Ada beberapa faktor yang buat orang menghidap eczema:

     - keturunan
     - keadaan sekeliling (environment)
     - asma
     - immune system yang rendah
     - makanan

Kalau anda perasan, orang dulu2 takde macam2 penyakit. Eczema pun jarang2 orang yang dapat. Tapi sekarang, terlalu ramai budak yang menghidap eczema. Kebiasaanya, terjadi pada budak berumur 0-6 tahun. Pada umur tersebut, immune system badan mereka belum stabil lagi. Jadi, parents kena extra careful dengan keadaan sekeliling dan pemakanan mereka. Ada juga eczema di kalangan remaja dan dewasa. Kadang-kadang berpunca daripada ketidaksempurnaan pulih semasa mereka masih bayi, keadaan darah atau kulit mereka memang dalam keadaan yang sentiasa sensitif.

Bagi ibu-ibu yang hamil pula, sangat digalakkan untuk jaga pemakanan sebab janin pun akan terkesan dengan khasiat pemakanan ibu. Kesihatan anak perlu dititikberatkan from the first day we know that we are having a human inside us.

Bagi baby pula, parents WAJIB concern dengan sabun, persekitaran, makanan dan pakaian. Bagi bayi, mereka tidak sesuai pakai sabun yang biasa dewasa guna. Kerana kulit bayi sangat lembut dan lapisan kulit mereka masih baru. Sabun pula, kena prihatin dengan kandungan di dalam. Bagi bayi yang berkulit sensitif, kandungan sabun yang ada substance SLS (sodium laureth sulfate) sangat3 tidak digalakkan kerana SLS mampu membuat kulit anak anda bertambah kering dan hilang kelembapan semulajadi yang ada pada kulit mereka.

Untuk pemakanan pula, elakkan daripada mengambil makanan yang berasaskan dairy produk seperti tepung, coklat, susu lembu dan sebagainya (boleh google list dairy food).

Ada bayi atau budak yang sensitif dengan persekitaran yang berhabuk. Jadi, parents perlu pastikan keadaan sekeliling mereka bersih. Cuci tempat tidur mereka dengan kerap, bersihkan area rumah dan pastikan juga kuku mereka sentiasa pendek kerana bayi yang menghidap eczema ini akan kerap berasa gatal dan mereka tend untuk garu. Kuku yang kotor akan mengakibatkan kuman di kawasan kulit bayi yang meradang.

Pakaian mereka pula hendaklah sentiasa bersih dan pastikan material pakaian mereka bersesuaian dengan kulit mereka. Contoh material yang paling sesuai dengan mereka adalah cotton. Kenapa cotton? Kerana cotton berasal daripada pokok kapas iaitu daripada bahan semula jadi. Selain itu, material cotton ni sangat bagus dalam melancarkan pengaliran udara pada kulit dan peluh mereka akan cepat tersejat. Anak anda akan berasa selesa sepanjang hari dengan kurang menggaru. Semasa mereka berpeluh, kuman bertambah. Jika peluh tidak tersejat, kuman akan 'interact' dengan kulit anak anda. Bila kuman hadir, area kulit mereka yang gatal akan berasa lebih gatal dan mereka tend untuk merengek sepanjang hari. Zaman kini, banyak pakaian buatan manusia yang diperbuat daripada bahan bukan semulajadi seperti bahan kimia sangat tidak digalakkan untuk bayi.

Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga kebajikan anak-anak kerana mereka adalah anugerah yang paling terindah dan pinjaman daripada Allah untuk memenuhi saham akhirat kita.


Friday, 29 September 2017

LOVELY COTTON !

Assalamualaikum & hai2 readers ;D

I believe ramai raving fans COTTON kat luar sana.. even me myself also a fan of cotton.. ada banyak sebab kenapa cotton ni ramai orang suka..
.
1. Sebab cotton ni memang sesangat SESUAI untuk cuaca kat Malaysia ni which is panas lembab.. material cotton ni made of pokok kapas. So material camni biasanya memang tak panas kalau pakai during the day. Tapi hati2 ye bila pilih cotton kat mana2 store SEBAB ada cotton yang bukan PURE. Some cotton ada yang campur dengan material polyester. Polyester material ni biasanya orang buat macam baju nurse, baju2 uniform.. dan material ni kalau buat baju, memang panas. Kita pernah beli material cotton campur polyester ni. Mana kita tahu dia campur? One day, kita pergi nak beli kain. Pastu ada cotton murah sangat. RM 4 camtu semeter. Corak pun lawa2. So kita pun beli lah banyak sikit sebab membayangkan corak kain tu kalau jadi baju, lawa sangat. So lepas da buat baju pakai material tu, kita pun melaram lah.. the whole day pakai tu, rasa macam bahang sangat badan ni.. Biasanya kalau kita pakai baju made of 100% cotton, takda rasa panas sampai camtu. Pastu rasa tak selesa sangat dengan material tu bila kena kat badan.. That time, baru tahu rasa cotton campur polyester camne. Tak nak beli dah even murah sebab tak menang memakai.
.

2. 100% cotton ni, dia bersifat HYPOALLERGENIC.. Haa ape kebendanya tu? means material jenis ni, memang tahan hama and habuk. Sebab tu orang yang kulit sensitif is highly recommended untuk pakai pakaian yang berasaskan kapas ni. So that the skin takkan meradang or gatal2. It will be worst kalau orang yang kulit sensitif ni bekerja kat luar macam kat site (example: engineer), kalau tak kena material pakaian tu dengan badan, nak buat kerja pun rasa down. Trust me, i felt that. memang tak boleh nak fokus langsung.. STRESS !!
.

3. Bau badan kita depends pada material baju yang kita pakai. Contoh kalau pakai baju yang made of polyester material, bau badan akan kurang which is it's supposed to be a good thing la kan,, tapi bagi kita, tak best. sebab, material camtu, dia tahan bau dan peluh kat dalam baju tu. panas da satu, peluh pun tak serap. Kalau material 100% cotton ni, the air circulation inside adalah sangat bagus. that's why ia adalah sangat recommended for those kids yang ada eczema. If uolls notice, tag kat baju baby tu akan tulis "100% cotton"..
.

*those 3 reasons adalah daripada experience kita sendiri plus tunjuk ajar parents dalam pilih jenis kain because they have experience with many types of cloth material since dorang dah lama 'rasa' kain bila buat production jahit pukal..

And oh.. kita ada few corak cotton (100)% if uolls nak try and experience sendiri the material.. check it out kat insta SEPET PINK okay ;)

Sunday, 24 September 2017

BAHAGIA DULU BARU BERJAYA ATAU BERJAYA DULU BARU BAHAGIA?

Assalamualaikum..
hi hi hi

fuhh lama sangat rasa nya tak update blog ni.. tiap kali nak update je, busy la, takde internet la, takde line la, malas la.. hahah malas tu tak tahan tu.. honestly memamg malas pun selalu.. huhu..

Anyway, this time kita nak update or more to share pasal summarized talk by Prof Muhaya..

Prof Muhaya memang dihormati by setiap lapisan umur.. memang tertarik sangat kalau dengar talk dia. Memang terkesan la senang cerita.. Masa dengar talk Prof, kita salin so I'll just give a lil bit of explaination by points that I've highlighted la ye..

Title : BAHAGIA DULU BARU BERJAYA ATAU BERJAYA DULU BARU BAHAGIA?

**Uolls agak mana satu betul based pada tajuk kat atas?

Kita patut BAHAGIA dulu baru BERJAYA..

Macam mana nak bahagia? tengok sekeliling kita.. nampak tak apa yang kita ada? tempat berteduh ada? makan cukup? minum cukup? Masih ada ibu bapa? masih ada adik beradik?

Kebanyakannya pasti akan kata 'ADE !'

kita kena SYUKUR! biasa dengar kan? syukur ni lebih kepada, cukup semuanya. Rasa lapang sahaja dengan apa yang kita ada..

First thing first.. kita bangun pagi, kita kena syukur kita masih bernafas dan diberi peluang untuk bertaubat. Lihat sekeliling dengan cara positif. SENYUM memang therapy yang paling best. tak kisah lah senyum sensorang dalam kereta pun boleh. try it. it really helps tho..

Then, niat pada hari itu niat yang baik.. misalnya niat nak beri manfaat pada orang, tolong orang, sedekah, dengar yang baik2 tentang apa sahaja dan jaga urusan tepat waktu seperti solat..

Dalam apa-apa yang kita nak buat, jangan hidup sebab nak pujian, nanti jadi riak dan takabbur. Bila kita hidup dambakan pujian manusia, kita tend untuk tak jadi diri sendiri. Bila kita post kat media sosial, kita akan post something yang buat orang nak komen atau puji kita. Contoh, bila orang puji kita cantik di media sosial, kita tend untuk mekap lebih tebal untuk jadi lebih cantik untuk dipuji oleh MANUSIA.. dan bukan rasa nak dipuji oleh ALLAH. akhirnya apa yang kita dapat? kita dapat DUNIA lah..

Bukan ke kita ni PART TIME je kat dunia?

Boleh boleh?






Tuesday, 27 December 2016

Y.E.S (Yeay ! Easy Shopping) IS NOW ONN !!

ASSALAMUALAIKUM..

lama tak update blog sepet pink nih.. ampun3.. huhu
.
Sepet Pink tak jadi nak buat event YES di butik sebab butik pindah ke tingkat atas di atas sebab2 yang tak dapat dielakkan..
.
TAPI..
.
YES tetap berlangsung online.. boleh pergi kat page FB -Sepet Pink-
.
DISKAUN sampai 50% tau.. hehe.. plus ada FREEGIFT lagi sempena penutup tahun ayam nih (2016)..
.
Mai mai mai ushaaa...

Thursday, 24 November 2016

MEMBERI, MEMBERI, MEMBERI

Assalamualaikum everybody.. may Allah grant u happiness sambil baca pengisian pendek ni ;)
.
Kali ni nak share pasal "MEMBERI".. it is a powerful word. sebab apa? sebab Allah sendiri kata, lebih banyak kita memberi, lebih banyak yg kita dapat. omputih kata 'what you give, you get back more'..
.
Memberi ni adalah sedekah. Amalan sedekah adalah amalan yang sangat mulia. Sedekah ni bukan sahaja dari segi duit. Boleh juga dari segi ilmu, barang, dll. Malah, senyum tu pun sedekah juga..
.
Saya pegang pada satu prinsip di mana jika kita mahu lebih ilmu, maka kita perlu share ilmu yg kita ada walau sekecil zarah sekali pun.
.
Contoh macam saya, jika saya buntu bila lakukan sesuatu, saya mahukan lebih ilmu, maka, apa saya buat? saya post di FB tentang apa yang saya tahu. inshaa Allah lepas share tu, minda saya terus terbuka & banyak ilmu masuk. Allah juga yg jentik idea tu masuk minda saya.
.
Dulu masa time belajar, kadang2 tu kedekut ilmu jugak. Rasa macam,'tak nak lah bagitahu dia, nanti dia lagi pandai daripada kita'. TAPI lama2 along my life journey, saya jumpa macam2 jenis orang. Kebanyakannya orang yang berjaya dalam bisnes, banyak sangat yang mereka share sampai rasa macam,'bagusnya orang ni'. Mereka share FREE hokay. Tapi of course Allah yang beri rezeki tu pada mereka..
.
Lama2 saya realize yg ilmu ni adalah milik Allah. kita ni bukan siapa2 nak lokek ilmu dengan orang lain. Dan salah satu erti bahagia adalah apabila kita lihat orang lain bahagia & berjaya. Sbb tu Allah kata, Allah akan muliakan seseorang itu dengan memberikan dia cahaya iaitu ILMU.
.
Last but no least, do share about what you know & it will make your mind expand. inshaa Allah
.