Assalamualaikum..
hye3 dearies ;*
ok, hari ni saya nak share pasal ECZEMA. Daripada pembacaan saya (blog, artikel, youtube, google book, sharing, newspaper & etc) hanya 75 % pesakit ECZEMA tahu sedikit atau tidak tahu langsung mengenai eczema dan 15% tidak pernah dengar langsung pasal eczema. So, here I am to help uolls understand a lil bit about it.
APA ITU ECZEMA?
Eczema adalah salah satu penyakit kulit yang selalu terjadi kepada orang yang mempunyai kulit yang agak sensitif. Selalunya berasa gatal, kulit menjadi kemerahan dan ada biji-biji kecil yang berisi air bisa. Ada beberapa faktor yang buat orang menghidap eczema:
- keturunan
- keadaan sekeliling (environment)
- asma
- immune system yang rendah
- makanan
Kalau anda perasan, orang dulu2 takde macam2 penyakit. Eczema pun jarang2 orang yang dapat. Tapi sekarang, terlalu ramai budak yang menghidap eczema. Kebiasaanya, terjadi pada budak berumur 0-6 tahun. Pada umur tersebut, immune system badan mereka belum stabil lagi. Jadi, parents kena extra careful dengan keadaan sekeliling dan pemakanan mereka. Ada juga eczema di kalangan remaja dan dewasa. Kadang-kadang berpunca daripada ketidaksempurnaan pulih semasa mereka masih bayi, keadaan darah atau kulit mereka memang dalam keadaan yang sentiasa sensitif.
Bagi ibu-ibu yang hamil pula, sangat digalakkan untuk jaga pemakanan sebab janin pun akan terkesan dengan khasiat pemakanan ibu. Kesihatan anak perlu dititikberatkan from the first day we know that we are having a human inside us.
Bagi baby pula, parents WAJIB concern dengan sabun, persekitaran, makanan dan pakaian. Bagi bayi, mereka tidak sesuai pakai sabun yang biasa dewasa guna. Kerana kulit bayi sangat lembut dan lapisan kulit mereka masih baru. Sabun pula, kena prihatin dengan kandungan di dalam. Bagi bayi yang berkulit sensitif, kandungan sabun yang ada substance SLS (sodium laureth sulfate) sangat3 tidak digalakkan kerana SLS mampu membuat kulit anak anda bertambah kering dan hilang kelembapan semulajadi yang ada pada kulit mereka.
Untuk pemakanan pula, elakkan daripada mengambil makanan yang berasaskan dairy produk seperti tepung, coklat, susu lembu dan sebagainya (boleh google list dairy food).
Ada bayi atau budak yang sensitif dengan persekitaran yang berhabuk. Jadi, parents perlu pastikan keadaan sekeliling mereka bersih. Cuci tempat tidur mereka dengan kerap, bersihkan area rumah dan pastikan juga kuku mereka sentiasa pendek kerana bayi yang menghidap eczema ini akan kerap berasa gatal dan mereka tend untuk garu. Kuku yang kotor akan mengakibatkan kuman di kawasan kulit bayi yang meradang.
Pakaian mereka pula hendaklah sentiasa bersih dan pastikan material pakaian mereka bersesuaian dengan kulit mereka. Contoh material yang paling sesuai dengan mereka adalah cotton. Kenapa cotton? Kerana cotton berasal daripada pokok kapas iaitu daripada bahan semula jadi. Selain itu, material cotton ni sangat bagus dalam melancarkan pengaliran udara pada kulit dan peluh mereka akan cepat tersejat. Anak anda akan berasa selesa sepanjang hari dengan kurang menggaru. Semasa mereka berpeluh, kuman bertambah. Jika peluh tidak tersejat, kuman akan 'interact' dengan kulit anak anda. Bila kuman hadir, area kulit mereka yang gatal akan berasa lebih gatal dan mereka tend untuk merengek sepanjang hari. Zaman kini, banyak pakaian buatan manusia yang diperbuat daripada bahan bukan semulajadi seperti bahan kimia sangat tidak digalakkan untuk bayi.
Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga kebajikan anak-anak kerana mereka adalah anugerah yang paling terindah dan pinjaman daripada Allah untuk memenuhi saham akhirat kita.
No comments:
Post a Comment