Assalamualaikum hye lovelies !
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam
today's sharing adalah pasal SLS..
I have basic chemical knowledge & Inshaa Allah saya faham the chemical term dan saya akan explain dengan bahasa mudah untuk anda lebih faham.
APA ITU SLS?
- sodium laureth sulfate
- sodium lauryl sulfate
Dua2 di atas adalah nama panjang bagi SLS. Mana nak jumpa SLS ni? Boleh tengok belakang botol shampoo, sabun mandi, ubat gigi, mouthwash anda..
SLS adalah agent pembuih yang sangat bagus. Kebanyakan personal product mengandungi bahan ni untuk 'mengkaya'kan produk yang anda guna dengan buih. Ramai yang beranggapan bahawa lebih banyak buih, lebih bersih =Tidak sama sekali. Mungkin anda terpedaya dengan iklan sabun di kaca TV.
SLS adalah detergent (selalu ada dalam sabun basuh) dan surfactant (selalu ada dalam personal care product anda). Ia mempunyai ciri cleanser dalam sesebuah produk. Kulit kebiasaanya akan menjadi kering jika produk anda mengandungi bahan ini. Kerana sifat bahan ini adalah menyerap minyak semulajadi pada kulit anda.
SLS berasal daripada kelapa dan sepatutnya bagus kerana berasal daripada bahan semula jadi. Tapi untuk menghasilkan SLS, banyak reaksi yang perlu dilakukan.
coconut (isi putih mengandungi fatty acid)
⇩
alkohol
➕ campur
sulfurik acid
⇩ neutralize dengan garam(sodium chloride)
SLS
Untuk hasilkan SLS, isi putih daripada kelapa akan digunakan kerana isi tersebut mengandungi fatty acid. Fatty acid pula ada beberapa jenis (palmitic acid, lauric acid etc).Di dalam proses tersebut, lauric acid digunakan untuk menjadi alkohol dan perlu react dengan sulfuric acid (di antara acid yang kuat kuasa hakis) seterusnya hasil daripada itu, produk akan jadi acidic dan dineutralkan dengan menggunakan garam. Terhasil lah SLS..
Dalam sesetengah produk, mungkin mengandungi 1,4-dioxane di mana bahan ni terhasil daripada by product melalui proses penghasilan SLS. 1,4-dioxane ni adalah carcinogenic di mana ia boleh mengakibatkan kanser. Tetapi, pihak KKM sudah tapis produk yang boleh digunakan atau tidak berada di dalam pasaran. Sebab tu, produk lulusan KKM adalah penting untuk jaminan kita.
Bagaimana SLS 'bekerja'?
Seperti yang dikatakan sebentar tadi, SLS adalah surfactant yang bagus di mana ia bagus dalam menyerap minyak. Perasan tak, setiap kali lepas mandi, kulit kita akan menjadi tegang dan kering? Ini adalah daripada fungsi SLS tu sendiri.
Contoh, bila kita dah lama tak cuci rambut, rambut kita akan menjadi berminyak dan berbau. Bila kita cuci menggunakan shampoo (ada SLS), rambut akan menjadi kering dan tidak berminyak lagi. SLS mempunyai ciri dimana bila ia bercampur dengan air, ia mampu untuk menyerap minyak pada rambut. Bukan rambut sahaja, ciri tersebut juga digunakan semasa membasuh baju. Kebolehan SLS itu sendiri membuatkan ia mampu untuk melalui lubang (pores) pada fabrik atau baju dan menyerap minyak atau kotoran dan baju menjadi bersih.
Tapi yang tak best, SLS akan menyerap minyak semula jadi pada kulit kita mengakibatkan kulit menjadi kering. Kulit kita bersifat sedikit acidic (4.5-5.5) secara semulajadi. Produk yang tidak sesuai pH dengan kulit kita akan membuatkan kulit menjadi tidak stabil. Bakteria bagus terhasil dalam keadaan pH tersebut, Kulit juga dikatakan lebih sihat, lebih lembap dan mempunyai ketahanan yang kuat pada keadaan acidic. Berhati-hati dengan produk yang mempunyai pH yang tidak sesuai dengan kulit anda.
SLS terbukti mengeringkan kulit dan membuatkan keadaan kulit sensitif yang kegatalan akan menjadi lebih teruk. Sebab itu, bayi yang berkulit sensitif, tidak digalakkan menggunakan sabun yang mengandungi SLS. Parents akan disyorkan beli sabun yang harga agak mahal kerana tiada kandungan SLS dan selalunya sabun untuk kulit sensitif ni adalah tidak berbuih dan tidak berbau. Selain daripada ciri menyerap minyak, SLS juga digunakan untuk membuat sesuatu produk cleanser itu menjadi harga yang lebih rendah atau mampu milik untuk semua orang.
No comments:
Post a Comment