Thursday, 22 February 2018

ADA APA DENGAN COTTON


Assalamualaikum. Salam jumaat. Hye uolls 😘

Hari ni CikNor nak share pasal COTTON 😊

APA ADA DENGAN COTTON?

Semua tahu asal panas je pakai cotton kan. Lagi2 kalau cuaca kat malaysia ni. Orang dok kata nasib pakai cotton so tak la panas sangat..

Memang betul cotton sesuai dengan cuaca kat malaysia ni. Tapi tahu tak sebenarnya cotton ni ada macam2 jenis.

Kalau nak badan sedap, cotton kena 100%. Bukan polycotton ye. Polycotton ni, cotton 50% campur polyester 50%.

Kenapa campur? Sebab harga boleh jadi lebih murah.

Polyester tu apa? Polyester tu adalah bahan kimia yang digunakan untuk buat barang plastik contoh macam botol air minum, baju hujan dan macam2 lagi. Bayangkan pakai plastik kat badan. Udara tak bergerak. Sebab tu panas. Ditambahkan lagi dengan cuaca panas, lagi bertambah panas.

Budak atau bayi ezcema memang digalakkan pakai cotton sebab udara boleh bergerak dengan lancar jadi peluh boleh tersejat dengan mudah. Kalo pakai polycotton, kulit memang akan meradang merah2.

Sama juga dengan dewasa. Kalau pakai polycotton, kulit boleh jadi merah2 even takde eczema sbb udara tak boleh nak ‘circulate’

Effect lain kalo udara tak boleh nak circulate adalah bau badan jadi makin kuat. Bila udara tak bergerak, peluh takkan tersejat jadi bakteria yang ade pada kulit kita memang tak terkeluar.